the Graduation day !!! 14/12/2014

the Graduation day !!! 14/12/2014
Alhamdullillah setelah berpenat lelah... akhirnya berjaya jugak segala pengorbanan aku selama ini.... terima kasih kepada yang menyokong dan banyak memberi tunjuk ajar :)

STUDENT DIPLOMA HOTEL MANAGEMENT PART 6 BATCH 2011/2013 (LAST SEMESTER)

STUDENT DIPLOMA HOTEL MANAGEMENT PART 6  BATCH 2011/2013 (LAST SEMESTER)
Inilah sahabat-sahabat aku... sebenarnye ade lagi 20 orang tapi group lain...Ini group B .. hahah mase ni Final untuk Dining Room Service dan aku cuma jadi Steward je(basuh pinggan)n.. hahaha....hurmmm bile dah habis nanti mesti rindu kt dyeorang...sangat happy dapat kawan mcm korang,happy go lucky !!! Aku doakan kita semua same-same berjaya dan dapat mencapai ape yang kita same-same idamkan ..... I LOVE YOU ALLS !!!!! dan kepada Sir Anuar Adam,(yang pakai baju purple tu) Thanks so much to you,sebab sudi melayan karenah kami semua yang sangat malas datang kelas pagi...hahaha ... You are the BEST MENTOR that i ever had !!!!! Dan sy doakan supaya impian Sir naj jadi ARTIS tu tercapai satu hari nanti yew .... heheehe ... Wish me lots of luck .... :)

Thursday, February 5, 2015

apakah itu cinta ?????

Assalamualaikum... hye guys, nak share perasaan ckit laa... kalau tak suka tak payah baca k... huhuhu...
apa itu cinta ??? ermmm entah la kadang-kadang aku sendiri tak faham apa itu cinta... adakah ia sesuatau yang menggembirakan ??? atau yang menyakitkan ???? yang pasti itulah yang aku rasa sekarang... hmmm, aku tak tahu nak mula macam mana... everything was fine, tapi aku tak tahu hati aku selalu fikir something yang buat aku sedih, bukan nak cakap aku ni suke fikir negatif tapi aku cuma ikut naluri seorang wanita je... kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa aku harus fikir buruk tentang dia, tapi kalau aku tak fikir, asyik nak fikir yang baik je aku takut nanti aku pulak yang sakit hati....

kadang-kadang dia okey tapi kadang-kadang dia tak okey, sedih hati dibuatnya... bila aku caring, takut nanti dia kata aku control, tapi bile aku tak peduli aku pulak yang tak sedap hati... hmmm entah laaa... aku tak tahu nak cakap mamcam mana ... aku  tulis ape yang aku rasa je, terpulang la orang nak cakap ape kan... hahahaha ... sometimes aku ade jugak rasa nak tanye dia ape yang dia rasa tentang hubungan ni, tapi macam takut pulak, takut kalau selama ni aku je yang beria.... hahahah tapi aku yakin aku boleh hadapi semua tu... Insya'Allah .... tapi aku paling tak suka kalau time dia tak sihat, bukan main sakit lagi hati aku ni dengan perangai dia... huhuhuh .... semua nya serba tak kena, semuanya salah, itu tak nak, ini tak nak... aku tak tahu ape yang dia nak... kadang-kadang aku rasa dia sayang aku, tapi kadang-kadang aku rasa macam aku je yang sayang dia.... 

mybe i need some space ... or he need some space tapi tak cukup ke space yang aku bagi dia selama ni ??? bukannya aku selalu text dia pun, call pun jarang... nak borak lama-lama lagi laa.... hhaaaiiissshhhh ...... pecah otak dok fikir... hahaha ... its okey, aku redha, aku pasrah ape je yang dia putuskan... kalau dia nak go on, aku go on, tapi kalau dia nak walk away, aku pasrah....... thats all.... bukan aku tak cinta, tapi aku tak suka nak paksa dia, takkan aku nak paksa dia untuk stay dengan aku even aku tahu dia tak happy........... terpulang laaa....................


okey, the end of the story is.... im just follow the flow....... take care sweet ... bubyeee...

assalamualaikum....

Friday, January 30, 2015

3 topik yang harus di elakkan :)

gg
Selalu kita tertanya-tanya, “Mengapa ya mula-mula dia sukakan aku, dan bila berjumpa dan berbual dia seperti sudah tidak berminat lagi?”
Cuba anda renungkan kembali saat pertemuan cinta anda itu. Apakah yang anda berdua perbualkan? Adakah anda sahaja yang bercakap banyak? Adakah anda sahaja yang bercerita tentang diri anda?
Perkara-perkara sebegini, seharusnya anda peka dan sensitif akan kesannya di pertemuan pertama lagi, ini kerana perkara sebegini boleh membuatkan dia merasa teramat bosan dengan anda. jauh sekali untuk bercinta. Jadi, cubalah elakkannya.
Ada 3 topik paling utama yang patut ELAKKAN! :-
  • Topik 1 : Babies!
Elakkan dari bercakap tentang anak, atau bayi yang anda idamkan. Elakkan dari bercakap nama-nama anak yang anda inginkan apabila anda mempunyai anak kelak. Juga elakkan dari bertanya pendapat tentang anak-anak, babies, all that! Fuuu… semua ini hanya seperti anda, memberi petunjuk untuk dia cepat-cepat beredar dan menghilangkan diri dari hidup anda. – Ini adalah kerana anda akan kelihatan terlalu mendesak sebelum waktunya. So please ya, kalau keluar first dating tu, be cool dan relax. Jangan bercakap tentang babies… serta kurangkan bercakap. Banyakkan bertanya tentang dirinya lebih dari anda bercerita kisah cinta atau kisah hidup anda.
  • Topik 2 : EX’S
Elakkannn dari bercerita perihal, ex husband, ex boyfriend, ex girlfriend, ex, ex, ex …itu ex ini, BORING! Paling boring sekali, jika anda suka sangat bercerita tentang betapa hebatnya ex anda. Also, jangan salah tafsir… anda ingat jika anda bercerita betapa jahatnya ex anda atau betapa tidak bertanggung jawabnya ex anda, ianya akan membuat dia gembira, NO! NO! it still boring! Look, you berkenalan berdua, kenal, dan jumpa berdua… semuanya adalah berkisar tentang anda berdua, jadi janganlah sibuk nak masukkan gambaran orang lain! Yang lepas…lepas! Jangan diungkitkan lagi. Kalau selalu ungkit… walaupun anda mengatakan yang anda benci, tetapi sebenarnya itu hanyalah mulut anda deny it, tetapi hati sebenarnya berkata anda MASIH CINTA! – Sememangnya ramai yang suka bercerita tentang ex dia kepada orang yang baru dikenalinya… kemudian, merasa pelik apabila orang itu sudah tidak berminat untuk mengenalinya lagi, padahal anda adalah seorang yang mempunyai wajah yang menarik. Well jawapannya adalah, ANDA YANG SILAP! Kerana susah untuk menutup mulut anda tentang masa lalu anda yang amat membosankan itu. Jadilah orang yang menarik dengan bercerita tentang diri anda sekarang…bukan yang lalu.
  • Topik 3 : DUIT!
Amat sensitif sebenarnya. Jangan sesekali bercerita soal duit on your first date. Jangan asyik nak bercerita, bagaimana nak buat duit, atau berapa banyak hutang anda. Ini hanya akan mempamerkan diri anda yang tidak stabil. Waita mahu pun lelaki ingin bersama orang yang tahu MONEY MANAGEMENT, jika anda bad at it… maknanya anda adalah pilihan yang paling berat untuk dipilih. Jangan pula bercerita betapa banyaknya duit anda, atau betapa kayanya anda, ianya menunjukkan anda takbur dan riak pula. Lagilah orang tak suka. Basically, jangan sebutpun soal duit. Habis cerita! Again, this meeting adalah berkenaan anda berdua… mengenali hati dan budi masing-masing. Jadi, fokus kepada diri masing-masing!
So, inilah 3 topik yang seharusnya anda ELAK sekeras-kerasnya daripada diperbualkan. Kalau boleh biar dulu… kenal dulu lama-lama. Ketahui dulu apa yang suka dilakukan dan kemana yang dia suka pergi. BUKAN your ex suka, BUKAN your ex baby, …YOU and HIM/HER
It’s about both of you NOT others! Jadi, be together…talk bout both of you, things that both of you like and dislike… biarkan ianya berjalan lama untuk beberapa pertemuan within beberapa bulan. Barulah tak boring, barulah tak lari orang tu hehe… okay, good luck!

ITS THE DAY

Assalamualaikum kepada semua yang mengenali diri ini... hehehe terasa kekok pulak nk tulis, yelah dh lame kot tak update... ermmm i have a new story about me ... berberapa hari yang lepas i ade ikut satu trip ke kelantan untuk pasca misi bantuan banjir, then tak ramai jugak yang pergi mostly ramai yang agak berumur la kan.. tapi tak apelah sebab niat i pun memang  nak bantu mereka. 

So berkumpul di rumah abg bob dalam kul 3.30, then kami gerak terus ke ayer keroh sbb gerak sekali dgn bas yang lain. I ingatkan just a few of us tak tahu pulak tetiba kena share bas. okey tak pelah kot sebab yang join bas kami tu setakat 5 or 6 orang je.. But suddenly, I terpandang sorang mamat ni, yang agak cool,sweet,gebu,dan agak menarik perhatian I jugak la.. Tapi niat di hati mase tu macam " alaa mybe dia dah ade gf or dah khawin kot" so I tak layan sangat la mamat tu.... Nak di ringkaskan cerita, I tak tahu kenapa i asyik stalker dia je, dia duduk tak de la jauh sangat dengan I so I memang nampak la muka dia clear gitu kan...hahahaha ... Then bile dia start tegur, I tak tahu kenapa hati I rasa happy sangat bile dia tegur,Rasa senyum i mase tu sangat lebar...huhuhu ... I try la usha2 dia kan, try agak je yang dia dah khawin then tanya dia, rupanya dia bujang lagi, umur pun baru 23 tahun.. heheh.. beza setahun je pun, ingat tua sangat la kan, sebab muka dia nampak matured sangat...huhuh

Masa perjalanan nak balik tu, sempat lagi dia hulurkan kertas, then I amik, I tengok, waahhh ! terkejut tahap babun kau !!! rupanya ada no. telefon kat situ... hahahah (puck dicita ulam mendatang la jawabnya) ... I hanya mampu tersengih je masa tu, yela hati tengah happy kan so tak dapat nak fikir ape kejap...hahahaha ... Dah alang2 I pun minat kt dia so I text dia, then kami borak kt whatsapp :) ....
I cuma tak faham, kenapa I rasa something kt dia, kenapa I rasa happy bile tengok dia senyum... kenapa i happy bile dapat dengar suara dia... Till now I still contact dengan dia, but I dengan dia mungkin slow2 la untuk kenal each other... huhuhuu jangan gelojoh sangat la ye :) dan I harap dia rasa ape yang I rasa pada dia... I hope so ... wish me luck :) thats all friend ...

 see u in the next post :) 

I SHOULD BEEN REALIZE THAT :(

NASIHAT BROTHER LOVE :)

That’s is the questions that we all kena tanya selalu…FEEL or NO FEEL?
Sebab…Memang sedih sangat setiap kali kita suka kan seseorang tu kan, tapi dia buat tak endah je…dia tak nampak pun feel kita kat dia. Dia tak hargai pun cinta kita pada dia. Kecil hati rasa kan… macam kita ni tak berharga langsung pada dia…
Bila kita call dia…langsung dia tak jawab…bila kita hantar message, “Busy? Boleh cakap sekejap…” – LANGSUNG tak ada balasan! Sedih… banyak message yang biasa-biasa saja pun tak ada reply.
But, come to think back…maybe dia memang tak ada feel pun kat kita. So takkan kita nak paksa dia? Mungkin dia tak pernah pun ingat kat kita sebagaimana kita ingat kat dia…mungkin dia tak pernah terfikir pun untuk rasa apa-apa kat kita…bagi dia, kita hanyalah seseorang yang pernah dikenalinya. THAT’S ALL! Nothing more…
Salah kah dia? Tak salah kan…
Kita yang menaruh hati kat dia ni pasal apa? Dia tak suruh pun kita jatuh cinta kat dia, dia tak minta pun kita cinta kan dia. Kita je yang buat keputusan sendiri dengan harapan dia membalas cinta kita. Sedangkan dia tak ada feel pun kat kita…
That’s why, I selalu cakap… jangan cepat sangat menyimpan perasaan kepada seseorang. Sehingga anda benar-benar tahu dia juga ada perasaan pada kita. Selagi anda tidak tahu…just be friend je la kan. Yang penting kita kena tahu…Untuk tahu perasaan dia…mudah saja. It doesn’t take long…ikut LOGIK je…
List FEEL – Kalau dia feel habis kat you dan berminat dia akan :-
  • Really-really care for you
  • Sanggup buat apa saja yang you minta
  • Selalu menawarkan diri untuk membantu
  • Dia akan nak berbual setiap hari dengan you
  • Dia akan tanya berbagai-bagai perkara tentang you
  • Dan pastinya dia akan nak berjumpa selalu.
List NO FEEL – Kalau dia no feel dan tak berminat, dia tak buat semua tu lah :-
  • kadang-kadang dia boring dia call borak-borak sikit.
  • And then dia message pun tanya pasal orang lain…
  • Kalau bercakap dia bukan fokus pada you la kan…
  • Dia selalu menghilang diri
  • Kadang-kadang dia balas your call or message
  • Most of the time, asyik you je yang cari dia
  • Dia tak pernah cari you hehe…itu dia tak berminat la tu. Senang je kan.
My mistake dulu,
This girl pernah tak jawab my calls, tak balas email, tak balas sms, ym pun dia ignore, tapi I duk syok jugak kat dia…all because, suka sangat kat dia la kan, kira my kind of girl yang Im looking for la…tapi at the end, selepas dia jawab,
“I tak mintak pun you tunggu I, I tak suruh pun you jatuh cinta kat I” …bamm!! fuuu pedihhh nya hati…sakitnya jiwa, then only I realised, how stupid I am all these years. Sanggup berkorban apa sahaja kat dia, sanggup berjaga 3-4 pagi demi mendengar masalah dia…sanggup berhabis wang ringgit. Padahal to her, dia hanya layan I kerana dia lonely je…bila dia sudah ada orang lain dan sudah strong, dia buat tak tahu je la kat Razzi…
So I find it out through the HARD way, selepas terhina, selepas dah kena atas muka…baru nak sedar. That’s why I wrote this article supaya you all tidak kena seperti I kena…sebelum terkena macam tu, lebih baik kita sedar sedari awal…
So I guess you all get it la now kan…dan before you nak jatuh cinta atau menyimpan hati pada sesiapa, ask yourselves…did he/ did she do all yang kat dalam list Feel or No fell kat atas tu? From there you will know jika dia berminat dengan you atau tidak or you akan dapat agak you ada chance atau tidak dengan dia…okay? All the best!

30 SOALAN WANITA MESTI TANYA LELAKI :)

JUST SHARE AND HOPE U LIKE IT GIRLS !!!!
#COPY PASTE

YES! Tanya LELAKI! …so 1st of all, lelaki tidak dibenarkan membaca artikel ini! Warning!! Womens’ ONLY!! Hehehe… Girls, wanita dan gadis-gadis sekalian. You all selalu sangat bertanya I,
  • Macamana nak berjaya dalam cinta?
  • Bagaimana nak buat lelaki serius dan setia pada kita?
  • Bagaimana nak pikat lelaki yang mahu berkahwin dengan kita?…
So this is the first few steps yang you all MUST DO. Kalau you follow, I’m sure you …you akan berjaya. Sebab, most likely tak ramai lelaki akan suka dengan cara ni…kerana mereka hanya nak have fun saja. Jadi, PASTI lelaki yang betul-betul serius, real dan BUKAN nak main-main saja yang akan berani to answer you.
I’m here to help…to give you girls a guideline. Bro Razzi kat sini bukan untuk membiarkan you all lemah dan longlai dipermainkan lelaki AGAIN, this is not the time nak lemah, nak lembut-lembut, nak buang masa terkecewa, takut itu dan ini sedar-sedar umur pun dah senja…FIGHT IT!
1 SEBAB UTAMA wanita selalu dikecewakan lelaki adalah kerana mereka takut dan risau lelaki tidak suka dengan mereka lantaran itu, ikut je apa yang lelaki itu minta. Biar je lelaki itu control seluruh hidupnya.
Itulah silapnya, but it’s okay nothing is too late. Now, if you already have a boyfriend, atau baru berkenalan dengan lelaki, atau ingin tahu apa lelaki fikirkan, or maybe you wondering about your ex boyfriend dulu tu bagus or not,…you boleh lah try all these questions. Cuba ketahui jawapan mereka kepada 30 soalan penting ini yang Wanita PATUT tanya pada Lelaki!
Ready? Soalan-soalannya :-
  • 1 – Bilakah you merancang untuk berkahwin? – Yes, ini adalah soalan utama, kena tanya awal-awal untuk lihat pendiriannya yang sebenar. Ini kena tahu dulu… baru boleh berkawan dengan lebih rapat.
  • 2 – Bilakah you bercadang untuk mempunyai anak? – Yes ini juga amat penting ditanya awal-awal, untuk mengetahui berapa lama untuk dia serius dengan masa depannya.
  • 3 – Sekiranya you bercinta, berapa tahun you nak bercinta sehingga ke waktu untuk mendirikan rumahtangga? – Oops, trick questions hehe…another way untuk tahu.
  • 4 – Pernahkah menjadi Imam untuk solat berjemaah? – Haaa…suspen mamat tu nanti hahaha, suruh dia baca doa sekali! :)
  • 5 – Sejauh manakah pegangan dan pengetahuan agama anda? – Tak perlu nak cakap la kan, this is one of the most important questions! Tanyakan hukum-hakam jugak.
  • 6 – Sekiranya you sudah berkahwin, adakah you akan mengahwini seorang lagi wanita demi untuk menjaga maruah wanita itu? – Oops… another trick questions! Hahaha…jawab-jawab :D
  • 7 – Wanita yang bagaimana yang you cari? – Senang tahu awal… you all boleh nak berubah to be like it, or can tarik diri…no one gets hurt.
  • 8 – Wanita yang bagaimana pula parents you looking for? – Penting sangat-sangat, takut bila dah bercinta lama, sekali terhalang, leceh.
  • 9 – You suka spending time dengan anak-anak saudara you? – A way to know if he is a loving person.
  • 10 – You suka bela kucing? Or any other pets? Another loving test…
  • 11 – Adakah you suka dengan pekerjaan yang you lakukan sekarang? – Better way to ask about his job and his feeling towards it.
  • 12 – Dalam 3 tahun lagi, dimana you melihat karier you berada? – Kewangan also must check!
  • 13 – Sekiranya lepas 3 tahun, karier you tidak berubah, masih ditakuk lama dan tiada kemajuan, apa back-up plan you untuk berjaya dalam hidup ? – Haaa…menangis dia, ingat main-main ke nak kenal awek, pastu tak ready for future? :P
  • 14 – I’m sure you pernah bercinta dulu, …bila break? Haaa…tengok cara jawapannya. Kalau terus menjawab, means dia jujur lah tu. Kalau teragak-agak je, telan air liru dulu ke, atau “Errr…err” dulu ke… baru break dah gatal nak mengorat lah tu :D
  • 15 – Mengapa putus cinta, apa sebabnya? – Percaya pada naluri anda kat sini okay… feel it in your heart.
  • 16 – Berapa ramai ex–girlfriends you ada dalam sepanjang hidup you? -  Perhatikan dahinya, berkerut tandanya dia mahu menyembunyikan, kalau mulai memegang dan mengusap muka, tubuh, tanda dia tidak selesa… Ramai lah tu hehe…move on to the next questions!
  • 17 – Apa hobi you? – Hehe…barulah ringan sikit soalan tu kan, tapi still important untuk kita tahu untuk mudah jika punya hobi yang sama.
  • 18 – Apa yang you suka lakukan masa cuti or time free? – Lighter questions untuk relax kan dia balik… let him talk, and you listen carefully.
  • 19 – Apa favourite movie you? – Best juga jika dapat tahu mempunyai citarasa yang sama.
  • 20 – Apa favourite music you? – Another light questions…
  • 21 – Siapa yang paling you benci dalam hidup you? – berat balik hahaha… penting soalan ni. Kat sini you boleh tengok dia benci tahap mana…
  • 22 – Pernah tak you marahkan orang yang you tak kenal? – very tricky! Lelaki ni kalau dia ego, dia akan bangga menceritakan yang dia pernah marah…Kalau tak pernah, Alhamdulillah.
  • 23 – Apakah perkara yang paling romantis yang you pernah buat?
  • 24 – Adakah you pernah imagine dan idamkan saat-saat romantis bersama girlfriend you yang akan datang?
  • 25 – Apa yang you paling suka dalam hidup you? – Sounded simple but disini you akan dapat menggambarkan dirinya.
  • 26 – Adakah you seorang yang sosial? Important questions.
  • 27 – If you sudah ada girlfriend, adakah you masih akan berkawan dengan kawan-kawan wanita you yang lain? – The best answer is, “I akan tetap berkawan tetapi I suka jika you pun sama-sama jadi kawan dengan mereka” – Itu satu jawapan yang sangat jujur.
  • 28 – Adakah you akan tinggalkan your wife,  jika dapat kerja outstations?
  • 29 – Berapa lama you boleh berjauhan dari your wife?
  • 30 – Apakah tujuan sebenar perkenalan kita ni? – hehe…final soalan, haa… macamana nak jawab tu agak-agak? The best answer is, “Kita berkawan dan berkenalan dulu… jika kita saling suka, slowly kita go to the next stage, we take our time to enjoy the moment!” – So, dia bukan jenis gelojoh la kan ;)
So, there you go! 30 soalan yang pasti akan menghangatkan punggung si lelaki! Hahahaha…so, tak sabar kan nak tahu jawapan dari kenalan lelaki you all. Can still add more soalan, if you like…
Pesanan Bro Razzi kat sini, kalau lelaki itu mahu menganggap kita cetek pemikiran, tak open minded atau belum apa-apa dah tanya macam-macam, BIAR LAH!  Nak kata macam polis pencen pun,BIAR LAH! Kerana ini adalah hidup anda, bukan hidup lelaki tu.Yang kecewa besok bukan dia, YOU!
Jadi, konklusinya di sini :-
  • Kalau dia serius dan jujur BUKAN mahu main-main, dia akan jawab kesemua soalan you dengan sebaik-baiknya, dan InsyaAllah you all akan temui lelaki yang baik untuk dijadikan suami.
  • Jika sebaliknya…Hanya lelaki yang nak main-main saja lah yang takut untuk menjawabnya! Dan akan berdalih dan memberi berbagai-bagai alasan nanti. Dari sini, anda sudah boleh mengelak dari terkecewa lagi!
So, Bro Razzi tinggalkan you all dengan soalan-soalan ini, copy it, simpan baik-baik. Share it with your girls-friends or print it out…dan suruh pasangan lelaki you answer on it hahaha… All the best and good luck! p.s :: Nantikan pula “30 soalan, Lelaki MESTI tanya WANITA!” hehe…girls ingat dia orang terlepas, mana boleh mesti adil :D – FOR NOW, girls jika anda berminat untuk tahu bagaimana memikat LELAKI how about check out my Ebook Khas buat Wanita, CLICK HERE
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com